DIUSAHAKAN OLEH MPM/MPK
Produk atau perkhidmatan hasil usaha MPM/MPK sendiri dan dilaksanakan secara berterusan di bawah Jawatankuasa Perekonomian setempat; atau
KAEDAH MERAIH
Sekiranya produk atau perkhidmatan tidak diusahakan oleh MPM/MPK, maka MPM/MPK bolehlah menggunakan kaedah meraih atau mengumpulkan produk tersebut secara berterusan daripada seorang atau lebih pengusaha melalui perjanjian. Seterusnya, MPM/MPK akan membuat tambahnilai kepada produk termasuklah pembungkusan sebelum ianya dipasarkan; atau
KAEDAH USAHASAMA
MPM/MPK mengadakan usahasama dengan mana-mana individu atau syarikat bagi menaja modal untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang bersesuaian untuk dijadikan produk 1K1P.