Secara umumnya, semua produk di bawah Projek 1K1P dibahagikan kepada 4 kategori utama seperti berikut:
MAKANAN DAN MINUMAN
Semua aktiviti pengeluaran produk makanan (kering dan basah) dan minuman yang dihasilkan berdasarkan sumber-sumber tempatan
KRAFTANGAN DAN PEMBUATAN
Semua aktiviti anyaman dan penghasilan produk berasaskan kayu-kayan yang diusahakan oleh penduduk tempatan
PERKHIDMATAN DAN EKO-PELANCONGAN
Semua aktiviti perkhidmatan dan penginapan untuk tarikan pelancong bagi menikmati pengalaman unik setempat
PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN
Semua aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan yang dilaksanakan secara usahasama bagi meningkatkan ekonomi masyarakat